Ke menu utama Berita ABIM Galeri ABIM About ABIM Forum Diskusi


Status :

 

 

 

ABIM secara umum

Penakrifan
Ideologi ABIM
Matlamat Perjuangan
Kegiatan ABIM
Pendekatan ABIM
ABIM dan badan lain
ABIM dan isu semasa

ABIM Kelantan

Sejarah penubuhan
Tujuan penubuhan
Kaedah pelaksanaan
Pengurusan ABIM
Keahlian
ABIM daerah

 
Sejarah Penubuhan ABIM Kelantan

Idea penubuhan ABIM Negeri Kelantan bermula semenjak awal tahun 1971 setelah ABIM Peringkat Kebangsaan didaftarkan.

ABIM Negeri Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 5 Mac 1973 dan alamat yang didaftarkan dengan pihak Pendaftaran Pertubuhan ialah di Institut Pendidikan, d/a Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Jalan Hospital.

Muktamar Sanawi ABIM Negeri Kelantan yang pertama telah diadakan pada 1 Mac 1974 di Pusat Pengajian Islam, Nilam Puri yang kini dikenali sebagai Akademik Islam Universiti Malaya, Kampus Nilam Puri.

Markaz operasi ABIM Negeri Kelantan sentiasa berpindah mengikut keperluan bersesuaian dengan perkembangan dan peningkatan ABIM itu sendiri. Berdasarkan sejarah operasi ABIM Negeri Kelantan dari awal penubuhan sehingga kini adalah seperti berikut:

1. Institusi Pendidikan Kota Bharu.

2. Paya Purnama, Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

3. Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri.

4. Surau AL Falah, Wakaf Siku, Kota Bharu.

5. Rumah di Jalan Sultan Yahya Petra (Langgar), Kota Bharu.

6. Klinik Dr. Hasbullah, Lundang, Kota Bharu.

7. Markaz Da'wah dan Tarbiah ABIM, Kampong Huda, Kota Bharu.

8. Tingkat 1, PT 605, Blok A Bangunan Pusat Da'wah Islamiyyah (PDI), ABIM Negeri Kelantan, Tanjung Mas, Kota BHaru.

9. No. 1, Blok B, Pusat Da'wah Islamiyyah, ABIM Negeri Kelantan, Tanjung Mas, Kota BHaru

10. 2864 A, Wisma Al HIkmah, Pusat Da'wah Islamiyyah, ABIM Negeri Kelantan, Tanjung MAs, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Di awal penibuhannya, ABIM banyak dijalankan secara kecil-kecilan untuk menampung keperluan kewangan bagi membiayai pengurursan dan program-program yang dijalankan.

ABIM Negeri Kelantan banyak digerakkan oleh mereka yang bekerja sebagai guru, pegawai-pegawai kerajaan di samping ulam'-ulama' tempatan dan dibantu oleh ahli-ahli masyarakat dari berbagai lapisan.

Sekitar tahun 1980an, ABIM Negeri Kelantan mempunyai beberapa staf pejabat sepenuh masa yang membantu mengendalikan pengurusan dan pentadbiran ABIM.

Pengurusan dan pentadbiran ABIM Negeri Kelantan semakin berkembang dengan wujudnya berbagai agensi dan institusi yang digerakkan oleh staf sepenuh masa dan biro-biro bagi memenuhi tuntutan masyarakat serta menunaikan tangungjawab sebagai sebuah gerakan Islam.

kembali ke atas

Tujuan ABIM ditubuhkan

1. Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyyah sesuai dengan asasi A Qur'anul Karim dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

2. Menjalankan da'wah Islamiyyah dengan cara progresif kepada seluruh lapisan masyarakat dengan syarat mendapat kebenaran daripaa Jabatan Agama Islam Negeri yang berkenaan.

3. Mengembleng tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan di dalam semua lapangan termasuk sosial, ekonomi, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi.

4. Bekerjasama dan mempereratkan perhubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan ABIM tanpa mengira kaum bagi mewujudkan rasa persahabatan dan harmoni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

5. Mewakili belia-belia Islam di persidangan-persidangan di dalam dan di luar negara.

6. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bercanggah dengan ajaran asasi Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

kembali ke atas

Kaedah Perlaksanaan ABIM Kelantan

1. Menggalakkan pengertian mengenai Islam dengan menanam dan memupuk pengertian mengenai Islam dalam semua segi

2. Menjalankan da'wah Islam.

3. Menjalankan rancangan-rancangan yang bertujuan meninggikan taraf umat Islam di segenap lapangan hidup.

4. Mengadakan lawatan muhibbah di dalam dan di luar negara dan pertukaran belia-belia.

5. Menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk belia-belia Islam.

6. Menerbitkan akhbar, majalah dan risalah-risalah.

7. Menerima dan menghantar berita-berita di dalam dan di luar negara yang berkaitan dengan perkara dan masalah belia-belia Islam.

8. Membantu badan-badan dan persatuan-persatuan yang benar-benar memerlukan bantuan dan memungut derma khas untuk tujuan tersebut, jika mustahak.

9. Menjadi wakil dengan sepenuhnya untuk membincangkan masalah-masalah belia Islam dengan pihak-pihak yang bertangungjawab.

10. Menjalankan dan memelihara tali persaudaraan dengan pertubuhan belia-belia Islam dan dengan pihak-pihak yang bertangungjawab.

11. Menjalankan pergerakan-pergerakan lain yang dianggap mustahak untuk memperluaskan segala tujuan pertubuhan ini dari masa ke semasa.

12. Dalam pergerakannya, ABIM tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana kegiatan parti politik.

kembali ke atas

Keahlian ABIM

Jumlah keahlian ABIM Negeri Kelantan sehingga kini ialah seramai kira-kira 2447 orang mengikut maklumat pendaftaran keahlian yang telah dikemaskini

kembali ke atas

ABIM Daerah

ABIM Negeri Kelantan mempunyai beberapa cawangan di peringkat daerah. Di peringat Daerah, terdapat pula unit-unit yang ditubuhkan. Sehingga kini, ABIM Daerah yang telah ditubuhkan adalah seperti berikut:


1. ABIM Daerah Kota Bharu
2. ABIM Daerah Tumpat
3. ABIM Daerah Pasir Mas
4. ABIM Daerah Bachok
5. ABIM Daerah Pasir Puteh
6. ABIM Daerah Machang
7. ABIM Daerah Tanah Merah
8. ABIM Daerah Kuala Krai
9. ABIM Daerah Kubang Kerian
10. ABIM Daerah Pengkalan Chepa

kembali ke atas

Pengurusan ABIM

Ahli Jawatankuasa Kerja (EXCO) ABIM Negeri Kelantan sesi 2003/2004 adalah seperti berikut:-

Yang DiPertua ABIM Negeri Kelantan
Ust. Mustaffa Mat Daud

Timbalan Yang DiPertua
Ust. Mohd Faisal Abdullah
Setiausaha
En. Mazelan Mat Zali
Setiausaha Kewangan
Hj. Wan Azman Wan Ismail
Penolong Setiausaha
En. Yusuf Idris
Ketua Helwa
Ustz. Hjh. Hachinah Ahmad

Ketua Biro Penerangan
En. Aziz Mahmood

Ketua Biro Penyelidikan
En. Othman Hussain

Ketua Biro Dakwah
Ust. Makhetar Abd Rahman

Ketua Biro Ikhtisas
Dr. Wan Mansor Hamzah

Ketua Biro Penataran
En. Kamaruddin Md Amin

Ketua Biro Pembangunan Sosial
En. Mohamed Puzi Mat Noor

Ketua Biro Pendidikan
En. Che Yob Mahamood

Ketua Biro Tugas Khas
1. Ust. Wan Zainuddin Wan Yusoff
2. En. Kamarulzaman T.K. Mohd Kutty
3. Ust. Ab Halim Harun
4. Ust. Wan Hassan Wan Muhammad
5. Ust. Ghazali Abdul Rahman
6. Prof Madya Dr Mokhtar Nor
7. Hjh. A'Aishah Idris

kembali ke atas

 

_____________________________________________________________________________________________

Copyright © 2003 ABIM Bahagian Kelantan. All right reserved.
Bahagian Penerangan, 2864 A, Wisma Al Hikmah, Pusat Da'wah Islamiyyah (PDI), ABIM Negeri Kelantan,
Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu.
No.Tel : 09-7730026 Faks : 09-7735272
Last updated: 12-Mar-2004