1.
Masalah Khilafah
Perbezaan masalah 'fiqhiyyah' adalah merupakan satu fenomena sejarah
perkembanga pemikiran fiqh Uslami yang tidak boleh ditolak. Perbezaan
penafsiran nas zanni telah berlaku sejak dari zaman sahabat, zaman
tabi'in dan ulama'-ulama' yang terkemudian sehingga melahikan
mazhab sunni yang empat. Oleh iu bagi ABIM menganggap bahawa penafsiran
hukum furu' dalam empat mazhab itu tidak dipertikaikan dari segi
kebenarannyadan diambilkira dalam pelaksanaan Islam di rantau
ini berasaskan kepada penafsiran mazhab Shafi'i. Dalam perkara-perkara
baru yang belum diselesaikan hukumnya oleh para ulama' terdahulu
atau telah diselesaikan hukumnya tetapi tidak sesuai untuk dilaksanakan
di masa kini perlu diijtihadkan tentang perkara tersebut.
Ahli ABIM tidak perlu melibatkan diri dalam pertikaian masalah
furu'iyyah.
Nasionalisme sebagai satu ideologi dan pegangan hidup yang meletakkan
negara dan bangsa sebagai kemuncak kesetiaan negara sebagaimana
yang difahami dikebanyakkan negara yang berfahaman ini tidak diterima
oleh ABIM. Tetapi ABIM tidak menolak ciri-ciri bangsa yang tidak
bercanggah dengan nilai-nilai dan pengajaran Islam yang perlu
dikekalkan dengan kesedaran bahawa Allah S.W.T. tidak meleburkan
ciri-ciri dan identiti seperti bahasa, bentuk pakaian dan lain-lain.
Pelaksanaan Islam dalam bidang undang-undang dan bidang-bidang
yang lain adalah merupakan tuntutan Al Qur'an dan As Sunnah yang
tidak boleh bertolak ansur. Dlam menuju kesempurnaan tuntutan
itu mestilah menggunakan semaksima kemampuan dalam kadar yang
kita dapat laksnakan sekalipun belum sampai kepada tahap yang
sepenuhnya. Penerimaan pengajaran Islam itu mestilah sepenuhnya
dan pelaksanaan itu dilihat mengikut tahap kemampuannya.
Pembangunan harus berasaskan kepada pembangunan insan. Dengan
pembangunan insan akan terbinalah pembangunan material. Jadi,
bertolak dari asas ini, hendaklah pembangunan yang dimaksudkan
itu ialah pembangunan yang bersepadu iaitu material dan spiritual
serentak. Kestabilan masyarakat dan pembangunan material adalah
bergantung kepada kemampuan manusian dalam membangun dan menjaga
pembinaan itu dalam aspek yang disebutkan.
Dalam Perlembangaan ABIM Bab 3: Perkara 3.12 ada menyebutkan,
"Dalam pergerakannya, ABIM tidak akan melibatkan diri dalam
mana-mana kegiatan parti politik". Berdasarkan kepada peruntukan
dalam perlembagaan ini, jelas menunjukkan bahawa ABIM tidak melibatkan
diri dalam mana-mana parti politik. Tetapi ini tidak bermakna
ABIM tidak boleh menyentuh persoalan-persoalan politik, sebab
masalah politik bukan semestinya masalah kepartian tetapi masalah
kepentingan negara dan ummah, lantaran itu ABIM tidak boleh mengasingkan
diri dalam masalah-masalah kepentingan umat Islam.
ABIM menerima disiplin tarbiyyah ruhiyyah untul ahli dan masyarakat.
Melalui proses ini sahaja kerohanian manusia akan bersih. Latihan
an Nafs yang diterima oleh ABIM ialah yang bersesuaian dengan
Al-Qur'an dan pengalaman-pengalaman ulama' uang mu'tabar seperti
Al Ghazali, Abu Talib Al-Makiyy dan lain-lain.
ABIM mengambil perhatian yang serius terhadap pengIslahan masyarakat.
PengIslahan itu dilihat dalam perspektif Islam di mana program
Islam itu hendaklah memberi pengisian kejiwaan dan kebendaan serentak.
Pendidikan dan ekonomi golongan yang etrbiar dalam masyarakat
perlu diselesaikan secara amali dan berkesan.
Perpaduan ummah adalah suatu ikatan pengukuhan ummah yang direalisasikan
dalam penghayatan konsep ukhuwwah, kejiranan konsep dan konsep
jamaah dalam kehidupan di samping diperkukuhkan dengan pelaksanaan
sistem Islam. Bagi orang-orang bukan Islam perpaduan boleh berlaku
dengan penghayatan nilai-nilai insaniah yang universal yang dianjurkan
oleh Islam dalam hubungan muslim dan non-muslim. ABIM mengambil
perhatian yang serius terhadap isu perpaduan dan mengambil langkah-langkah
yang berkesan untuk tujuan ini.
ABIM mengambil perhatian terhadap kebudayaan. Kebudayaan yang
kita maksudkan ialah kebudayaan yang berteraskan aqidah dan
syariah Islam yang dapat membentuk pemikiran, sikap dan cara
hidup seluruhnya. Berasaskan perkara-perkara ini kita tidak
menolak kebudayaan yang tidak bercanggah dengan aqidah dan syariat
Islam yang boleh dimanfaatkan. Tetapi kita menolak kefahaman
kebudayaan sempit yang hanya melihat kebudayaan hanya dari segi
tarian nyanyian, muzik dan ukiran sahaja yang bercorak hiburan
semata-mata.
kembali ke atas