Search | ||||||
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid ALlah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain Allah SWT, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." Al HamduLlah saya bersyukur ke hadrat ALlah SWT kerana telah memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan untuk "BUKU PELANCARAN KUTIPAN DERMA PEMBANGUNAN KOMPLEKS MASJID AL HIKMAH." ABIM sebagai sebuah gerakan dakwah Islamiah sangat mengalu-alukan sokongan dan dokongan umat Islam dalam pelbagai bentuk samaada ide, kewangan maupun dalam bentuk tenaga dan material. Kepercayaan, sokongan dan dokongan pelbagai pihak akan memberi kekuatan kepada ABIM Negeri Kelantan Darlnaim untuk ters meneroka ruang yang memungkinkan ABIM mengealpasti dan seterusnya mengemukakan program yang akhirnya memberi manfaat kepada masyrakat terutama dalam menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah. Dalam pembinaan kompleks masjid ini, diharapkan akan menjadi pusat pendidikan dan pembangunan umat Islam bagi memenuhi keperluan generasi hari ini dalam menghadapi alaf baru. Semoga segala sumbangan yang akan dihulurkan akan diangkat oleh ALlah SWT sebagai amal soleh. Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh. (AHMAD
AZAM ABDUL RAHMAN) |
||||||
[Menu Utama] [Pengenalan Projek] [Jawatankuasa Pengerak] [Struktur Kompleks] [Anggaran Perbelanjaan] Privacy
Policy | Site Map |
||||||