Home | Contact Us

Search 



 


Kompleks Al Hikmah atau juga dikenali sebagai Kompleks Masjid Al Hikmah terdiri daripada bangunan tiga tingkat yang berukuran 180' x 60' di mana dapat memuatkan sejumlah 500 orang jemaah. Sepertimana yang anda dapat lihat melalui lakaran bangunan seperti di atas. Fungsi bagi setiap tingkat akan diterangkan seperti berikut.

Tingkat Bawah mengandungi:

  • Pejabat Pengurusan Masjid
    terdiri daripada bahagian pentadbiran, kewangan, penyelenggaraan, keselamatan, kebajikan dan ta'mir masjid.
  • Pejabat Yayasan Al Maa'uun
    terdiri daripada bahagian kutipan, wakaf, tabungan dan pengagihan.
  • Pusat Multimedia Teknologi Maklumat Islam
    terdiri daripada bahagian pembangunana perisian CD, internet dan pemasaran seluruh dunia.
  • Pusat Bimbingan Dan Kaunseling Islam
    untuk semua peringkat umur - secara manual atau IT.
  • Pusat Dakwah Bukan Islam
    untuk pengislaman saudara baru.
  • Pusat Khidmat Masyarakat
    mangandungi hal ehwal nikah kahwin, zakat, pengurusan jenazah, kenduri-kendara dan lain-lain keperluan masyarakat.
  • Pusat Sumber Ilmu
    mengandungi kutub-khanah yang membekalkan pelbagai jenis buku rujukan agama, akademik dan maklumat menerusi teknologi terkini secara komputer, video dan kaset.
  • Selain dari fungsi di atas, pembinaan fizikal melibatkan tandas, tempat letak kenderaan, tempat rehat dan lain-lain.

Gambarajah pelan bangunan bagi tingkat bawah di paparkan seperti di bawah.Sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih besar.

 

Tingkat Satu mengandungi:

  • Ruang solat utama - lelaki/perempuan
  • Ruang utama seminar/bengkel/muktamar
  • Ruang pusat pentadbiran dan penyebaran dakwah Islamiah
  • Tempat wuduk - lelaki/perempuan
  • Pusat Sumber Ilmu
  • Sudut perbincangan/usrah/tazkirah dan tahfiz al Qur'an

Gambarajah pelan bangunan bagi tingkat satu di paparkan seperti di bawah.Sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih besar.

 

Tingkat Dua mengandungi:

  • Bilik-bilik penginapan/hotel
  • Bilik tetamu khas/pengkuliahan/penceramah
  • Bilik wuduk - lelaki/perempuan
  • Ruang pusat pentadbiran/penyelarasan

Gambarajah pelan bangunan bagi tingkat dua di paparkan seperti di bawah.Sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih besar.

 

Klik untuk melihat gambar lokasi tapak projek.

     

 

 

[Menu Utama] [Pengenalan Projek] [Jawatankuasa Pengerak] [Struktur Kompleks] [Anggaran Perbelanjaan]

Privacy Policy | Site Map
Copyright © 2003 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kelantan. All right reserved.
Released : 9 November, 2003