Home | Contact Us

Search 



 




Aluan Yang DiPertua


Asslamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

AlhamduLlah segala puji bagi ALlah SWT yang meletakkan kita semua dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat RadiaLlahuanhum seterusnya kepada pejuang-pejuang Islam seluruhnya.

Sudah sampai masanya kita seluruh umat Islam hari ini menyedari dan menginsafi tentang kedudukan dan masa depan kita. Setiap pribadi umat Islam wajib peka dengan dengan perkembangan yang berlaku dan menjadikannya suatu pengajaran dan muhasabah besar.

Sesungguhnya suasana, kedudukan dan realiti umat Islam kini menuntut setiap pribadi muslim bangkit dan berkorban dengan jiwa dan harta benda semaksima mungkin. Di antara jihad dan perjuangan yang tidak harus diabaikan dari segi keutamaannya ialah membina kualiti umat dan daya tahan mereka dalam menghadapi cabaran mendatang.

Angkatatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai sebuah gerakan Islam yang telah mencorak dan membudayakan kegiatanya bagi tujuan "Membina Dan Meminpin Tamadun Khaira Ummah" menyeru dan menjemput umat Islam seluruhnya untuk bersama-sama mengembleng tenaga bagi menjayakan pembinaan komplrks ini yang akan menjadi antara institusi Pembina Kualiti Umat di alaf baru ini.

Semoga ALlah SWT memberi ganjaran yang selayaknya di atas segala rupa bentuk sumbangan yang diberikan. Amin.

Sekian, wassalam.

(USTAZ MUSTAFFA MAT DAUD)
Yang DiPertua ABIM Negeri Kelantan
merangkap Pengerusi Kompleks Masjid Al Hikmah


[Menu Utama] [Pengenalan Projek] [Jawatankuasa Pengerak] [Struktur Kompleks] [Anggaran Perbelanjaan]

Privacy Policy | Site Map
Copyright © 2003 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kelantan. All right reserved.
Released : 9 November, 2003